(ms/5)
(Kitab yang pertama pada menyatakan segala anggota yang tujuh)
adapun padanya 7 fasal,
fasal yang pertama pada menyatakan mata.
Ketahui olehmu bahawasanya mata engkau itu menjadikan oleh Allah  taala bagi engkau kerana berberapa faedah yang bangsa akhirat dan bangsa  dunia, maka setengah dari segala faedahnya yang bangsa akhirat  memandang kepada langit dan matahari dan bulan bintang dan lain lainnya,  supaya berdalil engkau dengan dia atas ada Allah taala dan atas  keesaanNya dan atas kekuasaanNya, dan setengah daripadanya melihat akan  Quran dan melihat akan jalan kepada masjid dan kepada tempat menuntut  ilmu. dan setengah daripada faedahnya yang bangsa dunia melihat  perusahaan engkau, dan melepaskan engkau dari segala yang menyakiti,  seperti jatuh, dan berlaga, dan bermula mensyukurkan mata itu,  memelihara daripadanya tiap -tiap 
(ms/6)
melihat yang haram. seperti melihat perempuan yang lain daripada  isterinya dan menghinanya dan megharamnya, dan seperti melihat akan yang  muda belia, dan seperti melihat aurat laki laki maka lazimkan olehmu  akan memelihara mata engkau kerana firman Allah taala
(1) artinya bersabda olehmu hai Rasulullah bagi  sekelian yang beriman, pejamkannya oleh kamu akan mata kamu daripada  barang yang tiada haruskan bagi kamu melihatnya nescaya memejam oleh  mereka itu akan segala mata mereka itu, dan suruh olehmu akan mereka itu  dengan memelihara faraj mereka itu nescaya memelihara mereka itu akan  segala faraj mereka itu daripada barang yang haram dikerjakan dengan  dia, dan yang demikian (memelihara) itu lebih baik bagi mereka itu,  bahawasanya Allah taala sangat mengetahui akan batin yang mengerjakan  mereka itu akan dia semacam dengan zahirnya, maka membalas ia akan  mereka itu atasnya. ada pada ayat ini mengajar kelakuan yang baik dan  memberitahu dan menakutkan. maka adapun mengajar adab maka firmannya;
(bersabda olehmu bagi sekelian yang beriman nescaya memejamkan mereka itu akan segala mata mereka itu)
daripada barang yang tiada halal memandangnya, dan dengan ini  perkataan menyuruh Allah taala akan hambanya dengan berkelakuan yang  baik, iaitu memelihara matanya daripada melihat yang haram dan  memelihara kemaluannya daripada yang tiada halal dan dikerjakan dengan  dia. maka wajib sekelian hamba menjunjung perintah tuhannya dan jika  tiada nescaya adalah ia jahat perangai dan patut ia dimurkai dan disiksa  dan adapun memberitahu maka firmannya
(bermula demikian memejamkan mata dan memelihara faraj itu lebih membersihkan dan lebih menambahkan bagi mereka itu)
memberitahu Allah taala dengan ini perkataan atas bahawasanya  memejamkan mata dan memelihara faraj itu keduanya sebab bagi  membersihkan hati daripada segala dosa sebab bagi membanyakkan pekerjaan  kebajikan dan adapun menakutkan
(ms/7)
maka firmannya (bahawasanya Allah taala sangat mengetahui ia akan  batin barang yang mengerjakan kamu akan dia seperti mengetahui ia akan  zahirnya)
maka selagi membalas ia akan dia, jika ada ia yang baik nescaya  membalas ia dengan pahala dan kesenangan dan syurga dan jika ada ia  kejahatan maka membalas ia dengan siksa dan api neraka.
dan firman Allah taala;
(1)
artinya mengetahui oleh Allah taala akan khianat segala mata iaitu  mencuri oleh mata itu memandang kepada yang diharamkan, dan mengetahui  ia akan barang yang menyembunyi oleh segala hati daripada cita-cita  mengerjakan kejahatan dan cita – cita mengerjakan kebajikan dan
Sabda Nabi s.a.w ; artinya bahawasanya memandang kepada tempat yang  elok daripada tubuh perempuan itu seperti anak panah yang beracun dari  segala anak panah iblis (pada sangat segera membinasakan) maka barang  siapa meninggalkan dia kerana takut akan Allah taala nescaya  memperesakan dia oleh Allah taala akan kesedapan amal ibadat yang  menyukakan ia akan dia
menceritakan akan ini hadith oleh al-Hakim daripada Hazifah  radiallahuanhu. dan menghukumkan ia akan sanatnya dengan sohih dan sabda  Nabi s.a.w;
artinya ” ada bagi tiap-tiap manusia itu bahagiannya daripada Zina.  maka kedua mata itu berzina keduanya, dan zina keduanya memandang kepada   barang yang tiada harus dipandang dan kedua tangan itu berzina  keduanya, dan zina keduanya menampir akan yang dilarang menampirnya dan  kedua
(ms/8)
kaki berzina keduanya. dan zina keduanya berjalan ketempat yang haram  berjalan kepadanya dan bermula mulut itu berzina ia dan zinanya   mengucap yang tiada halal diucap dan bermula hati itu berkehendak ia dan  mencinta cita ia. dan membenarkan akan yang demikian itu oleh faraj  (dengan bahawa mengerjakan ia akan zina itu) atau mendustkan ia akan  dia. (dengan bahawa tertegah ia daripadanya) menceritakan akan ini oleh  hadith oleh muslim dan baihaki daripada Abi Hurairah r.a dan ada pada  hadith ini menunjukki atas bahawasanya asal bagi zina faraj itu adalah  dua mata.
dan hendaklah menilik engkau kepada segala anggota engkau, dengan apa  pekerjaan yang patut ia, dan akan apa pekerjaan yang dinanti-nanti  baginya,  maka pelihara engkau akan segala anggota engkau itu sebagai  pelihara yang patut padanya dengan segala pekerjaan yang dinanti baginya  itu, maka jika pekerjaan itu sangat besar nescaya engkau pelihara  anggota itu dengan peliharaan yang bersangatan, maka bermula kaki itu  adalah dinanti-nanti baginya akan berjalan di kebun syurga dan  mahligainya, dan adapun tangan itu maka dinanti-nanti baginya mencapai  buahan buahan syurga dan minumannya, itulah segala anggota yang lain,  maka mata hanya sanya kerana memandang Zat Allah taala didalam syurga  dengan tiada menyerupai kelakuan melihat yang baharu dan tiada ada  didalam negeri didunia dan tiada ada di negeri akhirat nikmat yang lebih  besar daripada nikmat melihat tuhan itu, dan patut sangat bagi mata  yang dinanti baginya akan sebesar-besar nikmat bahawa dipelihara akan  dia dengan sehingga hingga pelihara, dan dimuliakan dia sehabis habis  mulia dan bahawa tiada dikotor akan dia dengan memandang akan yang  haram. Wallahualam
____________________________________________________
Himpunan oleh : Sheikh abdul khadir b Abdul Mutalib  al Indonesi
Cetakkan keempat pada ramadan 1383 bersamaan Februari 1964, Bangkok