Berikut adalah panduan yang boleh digunapakai di dalam mengambil langkah awal bagi memilih pasangan hidup:
- Hendaklah engkau pilih perempuan yang BERAGAMA. Iaitu, yang solehah, yang takut akan Allah, yang mengekali(istiqomah) berbuat ibadah serta menjauhkan diri daripada perkara yang diharamkan.
- Sunat memilih perempuan yang BAIK PERANGAI (akhlak) supaya dapat membantu dalam soal amal ibadah. Kerana orang yang betul-betul boleh sabar dengan perempuan yang buruk perangai dan lidahnya ialah hanya orang yang dibantu oleh Allah iaitu para awliya dan solihin.
- Sunat pilih yang elok rupanya, kerana akan terpelihara daripada ingin pada perempuan yang lain. Tetapi jangan pilih perempuan yang baik rupanya tetapi tidak beragama.
- Sunat pilih yang RENDAH MASKAHWINnya.
- Sunat pilih dengan perempuan yang banyak beranak (SUBUR) dan banyak kasih sayang (PENYAYANG) pada suami.
- Sunat pilih perempuan yang ANAK DARA.
- Sunat memilih perempuan dari KETURUNAN yang baik. Iaitu dari keturunan atau cucu cicit orang soleh.
- Sunat memilih dari yang bukan kaum kerabat yang hampir. Kerana pernikahan dari kerabat terhampir akan mengurangkan syahwat.
Berikut pula, adalah ciri-ciri wanita yang harus dijauhi:
- Al-Annanah – Perempuan yang banyak keluh kesah dan mengadu. Hobinya menghias diri tetapi tidak membuat kerja rumah.
- Al-Mannanah – Perempuan yang banyak mengungkit.
- Al-Hannanah – Perempuan yang ingin kepada lelaki yang lain.
- Al-Hadaqoh – Perempuan yang gemar akan setiap sesuatu.
- Al-Barrokoh – Perempuan yang suka berhias diri dan suka mengutuk pemberian suami.
- Al-Sallaqoh – Perempuan yang banyak cakap.
Semoga beroleh pasangan yang dapat membantu mengingat pada Allah.Ini tips yang amat berguna bagi memilih pasangan hidup.Kita nak hidup bukan 2,3 hari tetapi seumur hidup kita.
Amin..INSYAALLAH...Semoga bleh jodoh yg selayakkanya..
ReplyDelete