Bismillahirrahmanirrahim...
Apabila melihat wajah-wajah penghafaz al-quran,maka saya teringat akan hadith-hadith yang menyebut tentang kelebihan mereka disisi Allah.Memang orang yang memelihara kalamullah akan sentiasa dalam pemeliharaan Allah swt.Siapa tak mahu jadi al-huffaz,semua orang menginginkannya terutama ibubapa yang ingin melihat anak-anak mereka mengingati kalamullah ini.
Namun perlu ditanam fikrah dalam individu muslim itu tentang kecintaan mereka terhadap kalamullah.Al-quran ini sebenarnya menjadi Nur,Taufiq,Hidayah,Imam(pimpinan) dan Rahmat.Bukankah didalamnya ada berbagai-bagai sumber rujukan buat kita didunia dan juga diakhirat.Mengapa kita menjadikan bahan-bahan lain sebagai rujukan kita sedangkan al-quran tetap benar datangnya dari Allah swt.Dalam nak mendidik diri dan anak-anak juga perlu mendapat bimbingan daripada kitab suci al-quran.
Mari kita buka minda sedikit,masih belum terlewat untuk menghafaz al-quran.Walaupun usia kita menjangkau 20 tahun ke atas,ingatlah tak mustahil untuk kita bisa menghafaz al-quran.Yang paling penting kena ada semangat yang berkorbar-kobar dan terus menerus(istiqomah).Yang terpenting,niat kita awal-awal untuk menghafaz al-quran.
Sedikit tips dari saya yang kerdil lagi hina ini,amalkan solah hajat untuk meminta diterangkan hati oleh Allah swt untuk mengingati al-quran.Kemudian beramal dengan zikir-zikir seperti subhanallah,alhamdulillah,Allahuakbar.Istigfar secara konsisten sebanyak 100 kali dan keatas serta memperbanyakkan selamat kepada rasulullah saw.
Akhir sekali,bila dah berkahwin dan mempunyai anak,bimbinglah anak-anak dengan al-quran diawal usia 0-6 tahun lagi.Masa ini adalah masa mereka menerima apa yang diperkatakan kepada mereka.Selepas itu,latih mereka menghafaz al-quran dan jika kita kurang mahir,hantarlah anak-anak ke pusat-pusat tahfiz untuk mereka mendalami ilmu al-quran.Selepas itu,berikanlah mereka ilmu-ilmu lain.InsyaAllah,semoga lahirlah bakal-bakal ulama' pewaris nabi nanti.
sekian,tintahuffaz_170286@yahoo.com
No comments:
Post a Comment