Munif_bidadari

Tuesday 14 June 2011

ciri suami soleh

18 ciri-ciri suami yang soleh


Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.

Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

Monday 13 June 2011

Bimbang terbabas

bismillahirrahmanirrahim...

InsyaAllah,pada kali ini saya ingin berkongsi dengan teman-teman saya berkenaan hukum bercinta sebelum kahwin.


Ramai dikalangan kita pada hari ini menganggap ia suatu perkara biasa iaitu bercinta sebelum kahwin.Ramai yang kata,kita kena kenal dulu pasangan,bawa keluar dulu,bercakap dulu dalam hp serta kenal hati budi masing-masing dan bila dah puas hati baru kahwin.Fenomena ini lebih kepada couple lah katakan.

Banyak fenomena ini berlaku di sekolah-sekolah,pusat matrikulasi dan IPTA/IPTS tempatan dan luar negara.Sekiranya kita tak kuat pasti kita juga akan terjebak dengan pengaruh ini.Astagfirullah...

Sebenarnya bercinta sebelum kahwin dengan yang bukan mahram adalah HARAM disisi Islam.Ia bukan sunnah dan budaya umat Islam yang beriman.Hanya 1 syarat dibolehkan bercinta iaitu selepas berkahwin.Bila dilafazkan ijab n qabul oleh sang suami maka bermulalah cinta yang halal disisi Islam.Itu kaedahnya.

Jika anda diluar sana terlibat dengan cinta sebelum kahwin,maka jika anda sayangi cinta itu maka BERKAHWINLAH atau jika tak dapat berkahwin maka tahanlah diri daripada berhubung dengan pasangan anda@lantiklah orang ketiga iaitu wali si wanita tersebut untuk menjadi perantara anda berdua.Itu lebih selamat dan lebih bijak.

So,eloklah kita perkemaskan diri dengan ilmu-ilmu agama dan perbaiki diri kita dari semasa ke semasa,insyaAllah Allah pasti menolong kita.Sekian

tintahuffaz_170286@yahoo.com

Saturday 11 June 2011

Hafaz Quran

Bismillahirrahmanirrahim...

Apabila melihat wajah-wajah penghafaz al-quran,maka saya teringat akan hadith-hadith yang menyebut tentang kelebihan mereka disisi Allah.Memang orang yang memelihara kalamullah akan sentiasa dalam pemeliharaan Allah swt.Siapa tak mahu jadi al-huffaz,semua orang menginginkannya terutama ibubapa yang ingin melihat anak-anak mereka mengingati kalamullah ini.

Namun perlu ditanam fikrah dalam individu muslim itu tentang kecintaan mereka terhadap kalamullah.Al-quran ini sebenarnya menjadi Nur,Taufiq,Hidayah,Imam(pimpinan) dan Rahmat.Bukankah didalamnya ada berbagai-bagai sumber rujukan buat kita didunia dan juga diakhirat.Mengapa kita menjadikan bahan-bahan lain sebagai rujukan kita sedangkan al-quran tetap benar datangnya dari Allah swt.Dalam nak mendidik diri dan anak-anak juga perlu mendapat bimbingan daripada kitab suci al-quran.


Mari kita buka minda sedikit,masih belum terlewat untuk menghafaz al-quran.Walaupun usia kita menjangkau 20 tahun ke atas,ingatlah tak mustahil untuk kita bisa menghafaz al-quran.Yang paling penting kena ada semangat yang berkorbar-kobar dan terus menerus(istiqomah).Yang terpenting,niat kita awal-awal untuk menghafaz al-quran.

Sedikit tips dari saya yang kerdil lagi hina ini,amalkan solah hajat untuk meminta diterangkan hati oleh Allah swt untuk mengingati al-quran.Kemudian beramal dengan zikir-zikir seperti subhanallah,alhamdulillah,Allahuakbar.Istigfar secara konsisten sebanyak 100 kali dan keatas serta memperbanyakkan selamat kepada rasulullah saw.


Akhir sekali,bila dah berkahwin dan mempunyai anak,bimbinglah anak-anak dengan al-quran diawal usia 0-6 tahun lagi.Masa ini adalah masa mereka menerima apa yang diperkatakan kepada mereka.Selepas itu,latih mereka menghafaz al-quran dan jika kita kurang mahir,hantarlah anak-anak ke pusat-pusat tahfiz untuk mereka mendalami ilmu al-quran.Selepas itu,berikanlah mereka ilmu-ilmu lain.InsyaAllah,semoga lahirlah bakal-bakal ulama' pewaris nabi nanti.

sekian,tintahuffaz_170286@yahoo.com

Seorang anak

Bismillahirrahmanirrahim...

Kita sebagai makhluk Allah swt yang bernama manusia tidak terlepas dengan amanah yang telah ditetapkan oleh Allah swt.Bila bercakap tentang seorang anak,maka kita mempunyai tanggungjawab kepada ibubapa,adik-adik,abang-abang dan kakak-kakak serta sumai/isteri dan teman-teman(masyarakat).

Kita pasti ingin menjadi hamba Allah yang soleh/solehah serta menunaikan segala hak kepada makhluk dengan baik.Kita nak tinggalkan dunia ini dengan keredhaan daripada Allah serta makhlukNya.Kepada Allah,wajib taat segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya.Bagi anak lelaki yang beristeri/belum,wajib menjaga kedua ibubapa mereka sampai ke akhir hayat hidup mereka.Bagi para wanita yang belum berkahwin,wajib taat kepada ibubapanya dan wanita yang dah berkahwin,ketaatan itu berpindah kepada suaminya.Itulah hukum Islam yang ingin menjaga kita didunia dan akhirat.


Bagi seorang muslim dan mukmin,berbuat ihsan(baik) kepada semua lapisan manusia.Tunaikan hak dengan sempurna dan sedaya yang mungkin.Bahagiakan orang lain nescaya Allah akan datangkan kebahagian kepada kita.Jangan buat orang lain sedih dan kecewa dengan kelakuan kita.Bergaullah dengan akhlak yang mulia,jaga tutur kata dan adab dengan manusia.InsyaAllah kita akan meninggalkan dunia ini dengan aman dan selamat.


Bagi suami dan bakal suami,bergaullah dengan isteri dengan baik.Hormati mereka,sayangi mereka,buat mereka gembira dengan akhlak dan tuturkata yang lembut.Isteri perlukan perhatian suami.Barulah baitulmuslim akan diberkati Allah dan akan datangnya mawaddah wa rahmah.Ameen...

tintahuffaz_170286@yahoo.com

Friday 10 June 2011

Mencari penawar bagi hati

(ms/5)
(Kitab yang pertama pada menyatakan segala anggota yang tujuh)
adapun padanya 7 fasal,

fasal yang pertama pada menyatakan mata.
Ketahui olehmu bahawasanya mata engkau itu menjadikan oleh Allah taala bagi engkau kerana berberapa faedah yang bangsa akhirat dan bangsa dunia, maka setengah dari segala faedahnya yang bangsa akhirat memandang kepada langit dan matahari dan bulan bintang dan lain lainnya, supaya berdalil engkau dengan dia atas ada Allah taala dan atas keesaanNya dan atas kekuasaanNya, dan setengah daripadanya melihat akan Quran dan melihat akan jalan kepada masjid dan kepada tempat menuntut ilmu. dan setengah daripada faedahnya yang bangsa dunia melihat perusahaan engkau, dan melepaskan engkau dari segala yang menyakiti, seperti jatuh, dan berlaga, dan bermula mensyukurkan mata itu, memelihara daripadanya tiap -tiap
(ms/6)
melihat yang haram. seperti melihat perempuan yang lain daripada isterinya dan menghinanya dan megharamnya, dan seperti melihat akan yang muda belia, dan seperti melihat aurat laki laki maka lazimkan olehmu akan memelihara mata engkau kerana firman Allah taala
(1) artinya bersabda olehmu hai Rasulullah bagi sekelian yang beriman, pejamkannya oleh kamu akan mata kamu daripada barang yang tiada haruskan bagi kamu melihatnya nescaya memejam oleh mereka itu akan segala mata mereka itu, dan suruh olehmu akan mereka itu dengan memelihara faraj mereka itu nescaya memelihara mereka itu akan segala faraj mereka itu daripada barang yang haram dikerjakan dengan dia, dan yang demikian (memelihara) itu lebih baik bagi mereka itu, bahawasanya Allah taala sangat mengetahui akan batin yang mengerjakan mereka itu akan dia semacam dengan zahirnya, maka membalas ia akan mereka itu atasnya. ada pada ayat ini mengajar kelakuan yang baik dan memberitahu dan menakutkan. maka adapun mengajar adab maka firmannya;
(bersabda olehmu bagi sekelian yang beriman nescaya memejamkan mereka itu akan segala mata mereka itu)
daripada barang yang tiada halal memandangnya, dan dengan ini perkataan menyuruh Allah taala akan hambanya dengan berkelakuan yang baik, iaitu memelihara matanya daripada melihat yang haram dan memelihara kemaluannya daripada yang tiada halal dan dikerjakan dengan dia. maka wajib sekelian hamba menjunjung perintah tuhannya dan jika tiada nescaya adalah ia jahat perangai dan patut ia dimurkai dan disiksa dan adapun memberitahu maka firmannya
(bermula demikian memejamkan mata dan memelihara faraj itu lebih membersihkan dan lebih menambahkan bagi mereka itu)
memberitahu Allah taala dengan ini perkataan atas bahawasanya memejamkan mata dan memelihara faraj itu keduanya sebab bagi membersihkan hati daripada segala dosa sebab bagi membanyakkan pekerjaan kebajikan dan adapun menakutkan
(ms/7)
maka firmannya (bahawasanya Allah taala sangat mengetahui ia akan batin barang yang mengerjakan kamu akan dia seperti mengetahui ia akan zahirnya)
maka selagi membalas ia akan dia, jika ada ia yang baik nescaya membalas ia dengan pahala dan kesenangan dan syurga dan jika ada ia kejahatan maka membalas ia dengan siksa dan api neraka.
dan firman Allah taala;
(1)
artinya mengetahui oleh Allah taala akan khianat segala mata iaitu mencuri oleh mata itu memandang kepada yang diharamkan, dan mengetahui ia akan barang yang menyembunyi oleh segala hati daripada cita-cita mengerjakan kejahatan dan cita – cita mengerjakan kebajikan dan
Sabda Nabi s.a.w ; artinya bahawasanya memandang kepada tempat yang elok daripada tubuh perempuan itu seperti anak panah yang beracun dari segala anak panah iblis (pada sangat segera membinasakan) maka barang siapa meninggalkan dia kerana takut akan Allah taala nescaya memperesakan dia oleh Allah taala akan kesedapan amal ibadat yang menyukakan ia akan dia
menceritakan akan ini hadith oleh al-Hakim daripada Hazifah radiallahuanhu. dan menghukumkan ia akan sanatnya dengan sohih dan sabda Nabi s.a.w;
artinya ” ada bagi tiap-tiap manusia itu bahagiannya daripada Zina. maka kedua mata itu berzina keduanya, dan zina keduanya memandang kepada barang yang tiada harus dipandang dan kedua tangan itu berzina keduanya, dan zina keduanya menampir akan yang dilarang menampirnya dan kedua
(ms/8)
kaki berzina keduanya. dan zina keduanya berjalan ketempat yang haram berjalan kepadanya dan bermula mulut itu berzina ia dan zinanya mengucap yang tiada halal diucap dan bermula hati itu berkehendak ia dan mencinta cita ia. dan membenarkan akan yang demikian itu oleh faraj (dengan bahawa mengerjakan ia akan zina itu) atau mendustkan ia akan dia. (dengan bahawa tertegah ia daripadanya) menceritakan akan ini oleh hadith oleh muslim dan baihaki daripada Abi Hurairah r.a dan ada pada hadith ini menunjukki atas bahawasanya asal bagi zina faraj itu adalah dua mata.
dan hendaklah menilik engkau kepada segala anggota engkau, dengan apa pekerjaan yang patut ia, dan akan apa pekerjaan yang dinanti-nanti baginya, maka pelihara engkau akan segala anggota engkau itu sebagai pelihara yang patut padanya dengan segala pekerjaan yang dinanti baginya itu, maka jika pekerjaan itu sangat besar nescaya engkau pelihara anggota itu dengan peliharaan yang bersangatan, maka bermula kaki itu adalah dinanti-nanti baginya akan berjalan di kebun syurga dan mahligainya, dan adapun tangan itu maka dinanti-nanti baginya mencapai buahan buahan syurga dan minumannya, itulah segala anggota yang lain, maka mata hanya sanya kerana memandang Zat Allah taala didalam syurga dengan tiada menyerupai kelakuan melihat yang baharu dan tiada ada didalam negeri didunia dan tiada ada di negeri akhirat nikmat yang lebih besar daripada nikmat melihat tuhan itu, dan patut sangat bagi mata yang dinanti baginya akan sebesar-besar nikmat bahawa dipelihara akan dia dengan sehingga hingga pelihara, dan dimuliakan dia sehabis habis mulia dan bahawa tiada dikotor akan dia dengan memandang akan yang haram. Wallahualam
____________________________________________________
Himpunan oleh : Sheikh abdul khadir b Abdul Mutalib al Indonesi
Cetakkan keempat pada ramadan 1383 bersamaan Februari 1964, Bangkok

Pendidikan ke rumah(home Tuition 2011)

Assalamua'laikum wbt...

Kepada mereka yang mempunyai anak-anak atau adik-adik yang ingin mendapatkan tuisyen terus ke rumah,sila berhubung segera dengan En.Hafiz.Perkhidmatan tuisyen dan kelas al-quran serta tajwid ini adalah di sekitar Lembah Klang,PJ dan Cheras.InsyaAllah,krew kami akan terus ke rumah anda untuk membimbing pelajaran anak-anak anda.

"Mari Menuju Kejayaan"

Thursday 9 June 2011

Kitab Hikam-sheikh Ibnu Atho'illah

Bab Suka Duka itu Rahmat Allah

"Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan kamu bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tak bergantung kepada sesuatu selain Allah"



Penerangannya Allah mengubah-ubah keadaanmu dari sedih kepada gembira,dari sihat kepada sakit,dari kaya kepada miskin,dari terang kepada gelap supaya mengerti bahawa engkau tidak bebas dari hukum ketentuanNya,supaya engaku berdiri diatas dasar Laa Haulawala Quwwata Illa billah.(tidak ada daya untuk mengelak sesuatu dan tidak ada kekuatan untuk melaksanakan sesuatu kecuali dengan pertolongan Allah taa'la.